Lindungi kandungan rumah & barang berharga anda pada premium mampu milik dengan harga daripada serendah RM66.23 setahun. Itu hanya RM0.18 sehari!
Ia melindungi barangan isi rumah anda dan apa-apa jenis barangan peribadi, milik anda dan ahli keluarga anda daripada kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh kilat, banjir, pecah rumah dan peristiwa lain.
Sehingga RM50,000 Jumlah Diinsuranskan pada kandungan isi rumah anda dan dengan 3 pelan berbeza untuk dipilih, pasti ada satu pelan yang sesuai dengan keperluan anda.
SOMPO HomeNow
SOMPO HomeNow ialah pelan insurans yang melindungi kandungan rumah anda terhadap kehilangan atau kerosakan akibat kebakaran, kecurian atau kemalangan. Selain itu, ia juga menawarkan perlindungan kecurian penuh di mana kecurian oleh pengunjung ke rumah anda seperti kontraktor atau pembersih sambilan turut dilindungi.
Ia adalah mudah untuk membuat pembelian. Anda tidak perlu mendedahkan nilai setiap barangan di rumah anda kepada kami; hanya pilih pelan pilihan anda.
Ia juga mudah untuk membuat tuntutan. Anda tidak perlu menunjukkan bukti resit untuk barangan di rumah anda. Walau bagaimanapun, jika perbuatan itu adalah jenayah, laporan polis diperlukan.