Mengapa Pilih Insurans Kereta SOMPO MotorSafe?
6 sebab utama mengapa anda akan menyukai insurans kereta persendirian komprehensif kami di Malaysia
Diskaun Sehingga 50% untuk Premium
1
Nikmati penjimatan hebat dengan pelan 3 pelan jarak tempu kami yang menawarkan diskaun sehingga 50% untuk premium berbanding Insurans Kereta Komprehensif SOMPO Motor.
Peril Khas Penuh (Komplimentari)
2
Ini meliputi kerugian atau kerosakan pada kereta anda yang disebabkan oleh banjir, taufan, hurikan, ribut, ribut kencang, gempa bumi, tanah runtuh, atau gegaran alam yang lain.
Kos Menunda Tanpa Had + Perlindungan Untuk Semua Pemandu (Komplimentari)
3
Untuk perlindungan komprehensif, anda boleh menikmati perkhidmatan menunda tanpa had di dalam Malaysia ke mana-mana bengkel pilihan. Semua pemandu yang dibenarkan juga akan dilindungi secara automatik dan penamaan pemandu tidak diperlukan.
SOMPO Tag Meningkatkan Keselamatan Anda Dalam Setiap Perjalanan
4
Nikmati akses 24/7 kepada bantuan kerosakan dan kecemasan di tepi jalan, termasuk perkhidmatan tunda, penghantaran minyak dan penggantian tayar/bateri. Semuanya dengan menekan butang dengan SOMPO Tag.
Waranti Pembaikan 12 Bulan
5
Dapatkan jaminan pembaikan selama 12 bulan, menjamin kebolehpercayaan serta memastikan pembaikan kenderaan anda memenuhi piawaian tertinggi.
Pelan Ansuran 0% Faedah Selama 6/12 Bulan
6
Nikmati pilihan pembayaran fleksibel dengan pelan ansuran 0% faedah selama 6 atau 12 bulan untuk kad kredit Maybank dan CIMB Bank dengan bayaran minimum RM600 atau lebih.
Sorotan Insurans Kereta SOMPO MotorSafe
Ketahui lebih lanjut tentang SOMPO MotorSafe
Memperkenalkan Mobile App MySOMPO
App yang sentiasa bersama anda, semasa di dalam dan di luar perjalanan
- Bantuan Tepi Jalan 24/7 Seluruh Negara
- Kemas Kini Bantuan Masa Nyata
- Serah dan Jejaki Tuntutan
- Cari Bengkel Panel dengan Mudah
- Rekod Polisi Insurans Anda dengan Berjaya Sompo
- Kempen, Promosi dan Banyak Lagi
Soalan Lazim (Frequently Asked Questions)
Mengenai SOMPO MotorSafe
Apakah insurans kereta SOMPO MotorSafe?
SOMPO MotorSafe adalah perlindungan komprehensif untuk kereta persendirian anda yang menawarkan tiga (3) pelan jarak tempuh berbeza untuk memenuhi keperluan penggunaan kenderaan anda, dengan premium yang berpatutan. Setiap Polisi SOMPO MotorSafe disertakan dengan satu SOMPO Tag, peranti berkuasa bateri dengan keupayaan Bluetooth yang memberi bantuan keselamatan sekiranya kereta anda menghadapi kerosakan atau semasa kecemasan.Siapa yang layak untuk membeli SOMPO MotorSafe?
Pemegang polisi individu dan perniagaan boleh membeli SOMPO MotorSafe dengan syarat usia kenderaan adalah 1 tahun dan ke atas dengan amaun diinsuranskan melebihi daripada RM50,000.Berapa banyak Pelan SOMPO MotorSafe yang disediakan?
Anda boleh memilih daripada 3 Pelan Jarak Tempuh Komprehensif yang disediakan:- Pelan A : 0 sehingga 5,000km
- Pelan B : 0 sehingga 10,000km
- Pelan C : 0 sehingga 15,000km
Apakah Jarak Tempuh Tambahan?
Tambahan 500km yang akan dimasukkan secara automatik setiap tahun ke pelan jarak tempuh diperuntukkan komprehensif anda sebelum tamat tempoh insurans.Bolehkah saya mendapat bayaran balik untuk jarak tempuh yang tidak digunakan?
Tidak. Jarak tempuh yang tidak digunakan tidak akan dibayar balik atau dibawa ke tahun Polisi yang berikutnya apabila anda melakukan pembaharuan.Apakah itu SOMPO Tag?
SOMPO Tag ialah peranti berkuasa bateri dengan teknologi Bluetooth yang dipasangkan dengan aplikasi SOMPO MotorSafe. Ia mudah diletakkan di dalam kenderaan anda dan menyediakan bantuan keselamatan sekiranya berlaku kerosakan kereta atau kecemasan dengan menekan butang selama 2 saat.Berapa banyak penjimatan premium saya berbanding Polisi Komprehensif SOMPO Motor?
Penjimatan anda adalah antara 5% hingga 50% daripada premium asas SOMPO Motor bergantung pada Pelan SOMPO MotorSafe yang dipilih dan Amaun Diinsuranskan.Adakah saya juga layak mendapat Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) jika saya membeli Polisi SOMPO MotorSafe?
Ya. Anda masih layak mendapat NCD anda dengan Polisi ini.Bolehkah saya membeli SOMPO MotorSafe tanpa menghantar gambar jarak tempuh odometer?
Tidak. Anda mesti menghantar gambar jarak tempuh odometer dan bacaan odometer yang sah untuk membeli SOMPO MotorSafe.Bolehkah saya menambah nilai pelan saya selepas melebihi Pelan Jarak Tempuh Komprehensif saya?
Ya. Anda boleh tambah nilai ke tahap jarak tempuh yang seterusnya atau ke ‘Tambah Nilai Jarak Tempuh Sepenuhnya’ dengan membayar premium tambahan. Maksimum hanya dua tambah nilai dibenarkan. Sebaik sahaja anda tambah untuk kali kedua, anda hanya boleh tambah nilai dengan ‘Tambah Nilai Jarak Tempuh Sepenuhnya’ iaitu jarak tempuh tanpa had.Bagaimana boleh saya tambah nilai Pelan Jarak Tempuh Komprehensif saya?
Anda boleh mengakses bahagian “Tambah Nilai” di Aplikasi Mudah Alih SOMPO MotorSafe, dan pilih Pelan Jarak Tempuh Komprehensif yang anda ingin lakukan tambah nilai. Anda akan diarahkan semula ke URL untuk melengkapkan pembelian tambah nilai tersebut. Setelah pembelian berjaya dilaksanakan, jarak tempuh komprehensif baru anda akan dikemas kini dalam Aplikasi Mudah Alih SOMPO MotorSafe dalam tempoh 2 hari.Apa akan berlaku jika saya melebihi jarak tempuh dan jarak tempuh tambahan yang diperuntukkan dalam tempoh Polisi?
Jika anda melebihi kedua-dua jarak tempuh tersebut sebelum akhir tempoh Polisi, Polisi anda hanya akan melindungi kecederaan tubuh badan/kematian pihak ketiga dan kerosakan harta benda pihak ketiga.Jika saya membatalkan Polisi saya, adakah saya perlu mengembalikan SOMPO Tag saya?
Tidak, anda tidak perlu mengembalikan peranti jika anda membatalkan Polisi atau memilih untuk tidak memperbaharuinya dengan kami. Namun, manfaat SOMPO Tag akan ditamatkan.Adakah jarak tempuh SOMPO Tag sama dengan bacaan jarak tempuh odometer kereta saya?
Jarak tempuh SOMPO Tag diperoleh daripada satelit GPS melalui sambungan telefon pintar anda dan mungkin berbeza sedikit dengan bacaan jarak tempuh odometer kereta.
Meliputi Setiap Bahagian Setiap Hari
Ketahui lebih lanjut tentang produk insurans yang kami tawarkan

Insurans Motosikal
- Dapatkan sebut harga online dalam 1 minit.
- Kemas kini automatik kepada sistem JPJ sebaik sahaja polisi insurans telah diperbaharui.
- Harga yang disemak dengan kadar premium yang berpatutan.
- Perjalanan pembelian mudah dengan sistem 100% selamat dan terjamin.

Insurans Perjalanan
- Premium serendah RM1 sehari.
- Perlindungan menyeluruh termasuk kemalangan diri, kesulitan perubatan & perjalanan.
- Pelbagai pilihan pelan insurans perjalanan - pelan tunggal, kumpulan, keluarga dan tahunan.
- 24/7-365 Bantuan Perjalanan Seluruh Dunia.

Insurans Pendapatan Hospital
- Premium serendah RM0.29 sehari.
- Perlindungan Covid-19 dengan elaun kemasukan hospital sekaligus sehingga RM5,000.
- Manfaat tunai harian sehingga RM18,000.
- Proses pendaftaran yang mudah, tiada pengisytiharan kesihatan diperlukan.