Berikut adalah sedikit sebanyak maklumat tentang insurans kereta SecureMotor kami di Malaysia.


Memberi perlindungan sebarang kehilangan/kerosakan pada kereta anda disebabkan oleh banjir, ribut, tanah runtuh dan lain-lain, sehingga nilai 20% daripada jumlah diinsuranskan, tertakluk kepada had maksimum RM10,000.
Nikmati kelulusan tuntutan dalam masa hanya 24 jam untuk jumlah tuntutan sehingga RM20,000. Panel Bengkel kami yang dipercayai akan menguruskan setiap langkah permohonan tuntutan anda tanpa sebarang bayaran pendahuluan daripada pihak anda.

Waranti pembaikan selama 12 bulan terhadap kecacatan pada bahagian baru yang diganti dan mutu kerja yang dilaksanakan oleh bengkel panel kami.

Komplimentari 24 Jam Khidmat Tunda Bagi Kerosakan & Kemalangan Tanpa Had.

Nikmati pelan ansuran tanpa faedah selama 6 bulan dengan premium dari RM480 dan 12 bulan dengan premium dari RM1,200 untuk kad kredit yang dikeluarkan oleh CIMB Kad Kredit (Conventional Kad Kredit sahaja).


