×[NOTIS] PENYELENGGARAAN SISTEM BERJADUAL!
Berjaya Sompo Insurance
SOMPO Motor
Cara MenuntutBengkel PanelFAQHubungi KamiBerkerjasama Dengan KamiLaman...
Cara MenuntutBengkel PanelFAQHubungi KamiBerkerjasama Dengan Kami
EN
SOMPO Motor
  • Motor InsuranceSOMPO MotorSafe
  • Motorcycle InsuranceSOMPO Motorcycle
  • Home InsuranceSOMPO HomeNow
  • Travel InsuranceSOMPO TravelSafe+
SOMPO MotorSOMPO Motor
Cara MenuntutBengkel PanelFAQHubungi KamiBerkerjasama Dengan Kami
Travel InsuranceSOMPO TravelSafe+Online Car Insurance (Mileage-Based)SOMPO MotorSafeMotorcycle InsuranceSOMPO MotorcycleHome InsuranceSOMPO HomeNow
EN|BM
Berjaya Sompo Insurance
Level 36, Menara Bangkok Bank, 105, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
BrandLaureate Industry Champion Brand ICON Award
International Finance Awards - Best In-House Marketing Team (Insurance)
Malaysian CMO E-commerce Marketing Gold Award
PRODUK ONLINE
  • Insurans Kereta Dalam Talian
  • Insurans Kereta Dalam Talian (Berdasarkan Jarak Tempuh)
  • Insurans Motosikal Dalam Talian
  • Insurans Perjalanan Dalam Talian
  • Insurans Kandungan Rumah Dalam Talian
MUAT TURUN UTAMA
  • Lembaran Pendedahan Produk (SOMPO Motor)
  • Lembaran Pendedahan Produk (SOMPO MotorSafe)
  • Lembaran Pendedahan Produk (Kereta Persendirian Bukan Tarif)
  • Sususan Kata Polisi (SOMPO Motor)
  • Sususan Kata Polisi (SOMPO MotorSafe)
  • Sususan Kata Polisi (Bukan Tarif)
  • Bengkel Panel
  • Rakan Auto

MySOMPO

App Bantuan Tepi Jalan & Insurans
Download on Google Play
Download on App Store
  • Terma & Syarat Umum
  • Notis Privasi
  • Notis Undang-undang
  • Penafian
  • Polisi Pemberi Maklumat
  • Piagam Perkhidmatan Pelanggan
  • Brosur PIDM
  • Hak Cipta Terpelihara © 2026 Berjaya Sompo Insurance Berhad
  • No. Pendaftaran: 198001008821 (62605-U)
Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah sijil/polisi/produk yang layak adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM atau hubungi Berjaya Sompo Insurance Berhad atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).

Sila maklum bahawa kami tidak akan sesekali meminta butiran peribadi anda secara dalam talian untuk mengakses sebarang maklumat produk yang terdapat di laman web kami. Kami menyeru semua pelanggan agar sentiasa berwaspada terhadap penipuan dalam talian.
PIDM
Kembali ke Laman Utama
Banner

Mengapa Penting untuk Pergi ke Bengkel Panel?

Apabila tiba masanya untuk membuat tuntutan atau membaiki kerosakan pada kereta anda akibat kemalangan, sudah pasti anda akan memilih bengkel yang terbaik dan boleh dipercayai untuk membaiki kereta anda. Inilah sebabnya syarikat insurans anda memilih bengkel yang boleh dipercayai dan memenuhi standard yang ditetapkan untuk menjadi bengkel panel mereka di seluruh negara. Tetapi apakah itu bengkel panel?

Bengkel panel berbeza daripada bengkel biasa yang anda kunjungi untuk menukar minyak atau servis tayar kerana bengkel panel dilantik khusus oleh pihak insurans. Bengkel-bengkel ini dipilih bagi memastikan tahap perkhidmatan yang konsisten, kawalan kualiti yang lebih baik, dan profesionalisme yang lebih tinggi dalam membaiki kenderaan yang terlibat dalam kemalangan.

Oleh itu, anda tidak perlu risau kerana bengkel panel yang sah mempunyai kepakaran untuk membaiki kenderaan anda yang rosak akibat kemalangan. Selain itu, bengkel panel mempunyai kemudahan dan peralatan yang lebih baik untuk menjalankan kerja pembaikan pada kenderaan anda dan selalunya mempunyai masa pembaikan yang lebih pantas supaya anda boleh mendapat semula kereta anda yang telah dibaiki dengan secepat mungkin.

Berjaya Sompo Insurance kini mempunyai rangkaian bengkel panel yang luas di seluruh negara dan anda boleh mendapatkan senarainya di sini. Senarai ini termasuk Bengkel Kualiti DRS (Perkhidmatan Pembaikan Terus atau Direct Repair Service), Bengkel Panel dan WRRC (Pusat Pembaikan dan Penggantian Cermin Depan atau Windscreen Repair and Replacement Centres). Jika anda mengalami kemalangan dan perlu menghantar kereta anda ke bengkel panel, anda boleh mengunjungi laman web atau aplikasi MySOMPO dan pilih negeri anda untuk mengetahui bengkel panel terdekat di kawasan anda seperti yang ditunjukkan di bawah.

Compensation For Assessed Repair Time (CART)

Pada masa ini, Berjaya Sompo Insurance sedang berusaha untuk menambah lebih banyak Pusat Pembaikan Kualiti DRS di seluruh negara bagi kemudahan pemegang polisi insurans kereta, sejajar dengan matlamat syarikat untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pemegang polisi mereka.

Faedah menghantar kereta anda yang rosak akibat kemalangan ke bengkel panel akan sentiasa melebihi faedah menghantar kereta anda ke bengkel kejiranan anda. Ini adalah kerana kakitangan bengkel panel dilatih secara profesional untuk membaiki kenderaan yang rosak akibat kemalangan. Selain itu, anda perlu menghantar kenderaan anda yang rosak akibat kemalangan ke bengkel panel jika anda ingin membuat tuntutan insurans. Mereka arif tentang proses penyerahan tuntutan anda melalui sistem dalam talian Merimen. Pengalaman mereka dalam mengendalikan kes tuntutan boleh memastikan tuntutan anda dapat diselesaikan lebih cepat supaya anda boleh mendapat semula kenderaan anda dengan lebih awal dan meneruskan kehidupan seharian tanpa perlu risau tiada pengangkutan.




Bengkel panel juga mengetahui tempat untuk mendapat alat ganti asal bagi kenderaan anda kerana mereka bekerja rapat dengan banyak pengedar francais kereta. Bagi seseorang yang tidak biasa dengan kereta dan alat ganti, ini boleh memastikan anda tidak ditipu oleh pihak bengkel. Syarikat insurans anda juga akan memantau proses tuntutan dengan teliti. Mereka akan meminta pasukan pelaras mereka mengunjungi bengkel panel untuk menjalankan pemeriksaan ke atas kerosakan kenderaan anda. Semua langkah yang diambil adalah untuk menjamin tidak ada penipuan dalam tuntutan anda.

Bagi tuntutan cermin depan, anda boleh menghantar kenderaan anda ke Pusat Pembaikan dan Penggantian Cermin Depan yang sah kerana mereka pakar dalam mengendalikan pembaikan dan penggantian cermin depan. Dengan ini, anda dijamin mendapat perkhidmatan yang terbaik kerana bukan semua bengkel boleh membaiki cermin depan yang retak atau bumbung matahari yang rosak.

Satu lagi kelebihan utama membeli penjagaan dan perlindungan kenderaan anda dengan SOMPO Motor ialah anda boleh menikmati manfaat Waranti Pembaikan selama 6 bulan terhadap kerosakan pada bahagian yang baru diganti serta mutu kerja yang dijalankan oleh bengkel panel semasa tuntutan anda.




Jika kereta anda yang rosak akibat kemalangan mempunyai masalah dari segi bahagian yang diganti atau anda tidak berpuas hati dengan mutu kerja, anda boleh membawa kereta anda semula ke bengkel panel dalam tempoh 6 bulan. Bengkel panel mempunyai tanggungjawab memenuhi permintaan anda untuk membaiki kenderaan kepada keadaan sebelum kemalangan.

Akhir sekali, Berjaya Sompo Insurance akan menjalankan semakan tahunan ke atas semua bengkel panel berdaftar untuk memastikan bahawa semua bengkel panel telah memenuhi piawaian kualiti yang diperlukan. Sebarang aduan daripada pemegang polisi akan dipandang serius jika mereka tidak berpuas hati dengan kerja pembaikan ke atas kereta yang rosak akibat kemalangan. Segala langkah ini diambil bagi memastikan pemegang polisi mendapat perkhidmatan berkualiti tinggi daripada panel yang sah. Ini adalah kerana Berjaya Sompo Insurance mengambil berat tentang pemegang polisi mereka.

Beli Sekarang