×[NOTIS] PENYELENGGARAAN SISTEM BERJADUAL!
Berjaya Sompo Insurance
SOMPO Motor
Cara MenuntutBengkel PanelFAQHubungi KamiBerkerjasama Dengan KamiLaman...
Cara MenuntutBengkel PanelFAQHubungi KamiBerkerjasama Dengan Kami
EN
SOMPO Motor
  • Motor InsuranceSOMPO MotorSafe
  • Motorcycle InsuranceSOMPO Motorcycle
  • Home InsuranceSOMPO HomeNow
  • Travel InsuranceSOMPO TravelSafe+
SOMPO MotorSOMPO Motor
Cara MenuntutBengkel PanelFAQHubungi KamiBerkerjasama Dengan Kami
Travel InsuranceSOMPO TravelSafe+Online Car Insurance (Mileage-Based)SOMPO MotorSafeMotorcycle InsuranceSOMPO MotorcycleHome InsuranceSOMPO HomeNow
EN|BM
Berjaya Sompo Insurance
Level 36, Menara Bangkok Bank, 105, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
BrandLaureate Industry Champion Brand ICON Award
International Finance Awards - Best In-House Marketing Team (Insurance)
Malaysian CMO E-commerce Marketing Gold Award
PRODUK ONLINE
  • Insurans Kereta Dalam Talian
  • Insurans Kereta Dalam Talian (Berdasarkan Jarak Tempuh)
  • Insurans Motosikal Dalam Talian
  • Insurans Perjalanan Dalam Talian
  • Insurans Kandungan Rumah Dalam Talian
MUAT TURUN UTAMA
  • Lembaran Pendedahan Produk (SOMPO Motor)
  • Lembaran Pendedahan Produk (SOMPO MotorSafe)
  • Lembaran Pendedahan Produk (Kereta Persendirian Bukan Tarif)
  • Sususan Kata Polisi (SOMPO Motor)
  • Sususan Kata Polisi (SOMPO MotorSafe)
  • Sususan Kata Polisi (Bukan Tarif)
  • Bengkel Panel
  • Rakan Auto

MySOMPO

App Bantuan Tepi Jalan & Insurans
Download on Google Play
Download on App Store
  • Terma & Syarat Umum
  • Notis Privasi
  • Notis Undang-undang
  • Penafian
  • Polisi Pemberi Maklumat
  • Piagam Perkhidmatan Pelanggan
  • Brosur PIDM
  • Hak Cipta Terpelihara © 2026 Berjaya Sompo Insurance Berhad
  • No. Pendaftaran: 198001008821 (62605-U)
Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah sijil/polisi/produk yang layak adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM atau hubungi Berjaya Sompo Insurance Berhad atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).

Sila maklum bahawa kami tidak akan sesekali meminta butiran peribadi anda secara dalam talian untuk mengakses sebarang maklumat produk yang terdapat di laman web kami. Kami menyeru semua pelanggan agar sentiasa berwaspada terhadap penipuan dalam talian.
PIDM
Kembali ke Laman Utama
Banner

Memahami Perlindungan Tambahan yang Disediakan untuk Insurans Kereta SOMPO Motor

Apabila anda membeli perlindungan komprehensif untuk kereta anda, ia melindungi kereta anda daripada kerosakan yang berlaku semasa kemalangan yang disebabkan kecuaian pemandu kenderaan sendiri seperti kebakaran dan kecurian. Walau bagaimanapun, perlindungan ini tidak sah untuk kerosakan yang berpunca daripada bencana alam seperti banjir atau dahan pokok yang jatuh dan menyebabkan keretakan pada cermin depan kereta anda. Kos kerosakan seperti ini perlu ditanggung oleh anda sendiri. Untuk melindungi kereta anda daripada kejadian yang tidak dijangka seperti ini, anda boleh membeli perlindungan tambahan kepada insurans kereta berdasarkan keperluan anda.

Jika perlindungan komprehensif adalah perlindungan utama anda, maka perlindungan tambahan kepada insurans kereta adalah perlindungan sampingan. Anda boleh memilih apa-apa perlindungan tambahan yang memenuhi keperluan anda untuk mengurangkan beban kewangan apabila berlaku kemalangan yang tidak dijangka. Berikut adalah senarai perlindungan tambahan insurans kereta yang boleh anda sertakan dalam insurans sedia ada anda.

Windscreen Coverage
Perlindungan Cermin Depan

Anda masih boleh menuntut insurans kereta anda sekiranya cermin depan kereta anda pecah atau retak. Walau bagaimanapun, NCD anda akan terjejas dan kembali kepada 0% pada pembaharuan insurans seterusnya. Anda boleh membeli Perlindungan Cermin Depan untuk perlindungan dari sebarang kerosakan pada cermin depan tanpa menjejaskan NCD anda. Jumlah diinsuranskan untuk cermin depan anda akan meliputi kos pembaikan atau penggantian mana-mana cermin depan, tingkap atau bumbung matahari kereta anda.

Unlimited Towing Cost
Kos Tunda Tanpa Had (Komplimentari)

Nikmati bantuan tepi jalan 24/7 dengan perkhidmatan menunda tanpa had dengan SOMPO Motor. Sama ada tayar pancit, bateri mati atau sebarang masalah kerosakan lain, pakar bantuan tepi jalan kami boleh membantu menunda kenderaan anda ke bengkel pilihan anda.

Unlimited Towing Cost
Peril Khas Penuh (Komplimentari)

Insurans kereta komprehensif SOMPO Motor termasuk Peril Khas. Perlindungan ini akan meliputi kerugian atau kerosakan pada kereta anda yang disebabkan oleh bencana alam seperti banjir, taufan, hurikan, ribut, ribut kencang, letusan gunung berapi, gempa bumi, tanah runtuh, gelinciran tanah, ambelasan atau penenggelaman tanah.

Compensation For Assessed Repair Time (CART)
Pampasan untuk Taksiran Tempoh Pembaikan (CART)

Anda akan diberi pampasan berdasarkan bilangan hari yang ditaksir oleh syarikat insurans seperti yang diperlukan untuk membaiki kereta anda selepas kemalangan. Ini adalah untuk memastikan anda masih boleh melakukan perjalanan menggunakan pengangkutan awam atau teksi untuk kehidupan harian anda dengan wang pampasan.

Legal Liability To Passenger
Liabiliti Undang-undang kepada Penumpang

Liabiliti Undang-undang kepada Penumpang akan melindungi anda daripada liabiliti undang-undang yang dituntut oleh penumpang anda terhadap anda sekiranya berlaku kemalangan akibat kecuaian anda. Contohnya, jika anda membawa rakan dalam kereta anda dan kemalangan berlaku disebabkan oleh kecuaian anda, maka rakan anda boleh menyaman anda atas kecederaan yang dialaminya. Perlindungan tambahan ini mesti diperoleh jika anda ingin memandu kereta anda ke Singapura kerana ini diwajibkan oleh Undang-undang Singapura.

Legal Liability To Passenger
Liabiliti Undang-undang Penumpang Akibat Perbuatan Kecuaian

Perlindungan tambahan ini akan melindungi anda daripada tuntutan pihak ketiga terhadap anda kerana kecuaian penumpang anda. Contohnya, jika penumpang anda secara tidak sengaja merosakkan kereta lain semasa membuka pintu kereta, perlindungan tambahan ini akan membayar kerosakan kereta pihak ketiga tersebut. Namun, terdapat pengecualian untuk perlindungan tambahan ini. Jika harta benda atau kenderaan pihak ketiga itu adalah milik anda atau penumpang anda, maka perlindungan tambahan ini tidak melindunginya.

Legal Liability To Passenger
Penepian Penambahbaikan

Apabila anda membuat tuntutan dan menggunakan alat ganti asal yang baharu untuk membaiki kereta anda, anda perlu membayar sebahagian daripada kos alat ganti asal yang baharu tersebut. Ini dirujuk sebagai penambahbaikan. Peratusan penambahbaikan yang perlu anda bayar adalah berbeza mengikut umur kenderaan anda. Ini bermakna semakin tua umur kereta anda, semakin tinggi penambahbaikannya. Walau bagaimanapun, perlindungan tambahan ini tidak boleh digunakan untuk kenderaan yang berusia kurang daripada 5 tahun. Untuk mengelak daripada membayar penambahbaikan semasa membuat tuntutan, anda boleh membeli perlindungan tambahan ini. Perlindungan tambahan ini hanya disediakan untuk kenderaan yang berumur tidak lebih daripada 15 tahun.

Current Year NCD Relief
Pelepasan NCD Tahun Semasa

NCD bermakna Diskaun Tanpa Tuntutan (No Claim Discount) dan apabila anda membuat tuntutan insurans yang disebabkan oleh kecuaian anda, anda akan kehilangan diskaun ini dan premium insurans anda akan menjadi lebih tinggi. Pelepasan NCD adalah tambahan untuk membayar pampasan kepada anda untuk jumlah NCD yang anda mungkin layak terima semasa tuntutan bagi meringankan beban kewangan anda. Lagipun, NCD anda akan ditetapkan semula kepada 0% pada pembaharuan insurans anda yang seterusnya.

Current Year NCD Relief
Aksesori Kenderaan

Perlindungan tambahan ini akan melindungi kerosakan aksesori bukan standard yang anda pasang pada kereta anda. NCD anda tidak akan terjejas jika anda membuat tuntutan untuk aksesori sahaja. Walau bagaimanapun, perlindungan tambahan ini akan ditamatkan selepas tuntutan anda diselesaikan.

Current Year NCD Relief
Mogok, Rusuhan dan Kekecohan Awam

Perlindungan tambahan ini bertujuan untuk melindungi kereta anda daripada tindakan serangan yang disengajakan atau tindakan mana-mana individu yang mengambil bahagian dalam mengganggu ketenteraman awam. Walau bagaimanapun, perang saudara atau tindakan keganasan dikecualikan.

Semua perlindungan tambahan yang dinyatakan di atas disediakan dalam SOMPO Motor. Anda boleh memilih dan sertakan perlindungan tambahan berdasarkan keperluan anda apabila anda melakukan pembaharuan insurans untuk melindungi diri daripada kejadian yang tidak dijangka. Lagipun, tujuan perlindungan tambahan ini adalah untuk mengurangkan beban kewangan anda pada masa hadapan. Layari laman web SOMPO Motor untuk sebut harga pelan perlindungan dan perlindungan tambahan untuk kereta anda.

Beli Sekarang