Anda mungkin akan berasa runsing sekiranya terlibat dalam kemalangan kereta tetapi selagi insurans kereta anda aktif, anda akan dilindungi. Kekal tenang dan ikut garis panduan mudah ini mengenai cara membuat tuntutan insurans kereta. Sebelum kami terangkan secara terperinci tentang apa yang anda perlu lakukan dan apa dokumen yang perlu disediakan apabila membuat tuntutan insurans, anda perlu ketahui terlebih dahulu jenis insurans kereta yang anda miliki untuk perlindungan kenderaan anda.
Insurans motor boleh dibahagikan kepada 3 jenis:
Premium untuk perlindungan komprehensif adalah lebih tinggi kerana ia mempunyai perlindungan yang paling banyak iaitu dari kemalangan yang disebabkan oleh anda, kemalangan yang melibatkan diri sendiri sahaja, dan juga jika kereta anda terbakar dan dicuri. Perlindungan komprehensif membolehkan anda membuat tuntutan Kerosakan Sendiri Tanpa Kesalahan (ODKFK) jika kemalangan itu bukan kesalahan anda.
Seperti namanya, anda hanya boleh membuat tuntutan insurans kereta jika kemalangan berpunca daripada pihak ketiga, jika kereta anda terbakar atau kereta anda dicuri. Ia tidak meliputi kemalangan diri; oleh itu, premium untuknya adalah lebih rendah daripada perlindungan komprehensif. Anda hanya boleh memilih perlindungan ini jika kereta anda tidak lagi di bawah pinjaman sewa beli.
Third Party coverage normally is preferable for an older car that already depreciates in value and no longer under hire purchase loan. This insurance only covers the third party that you hit; you have to pay for your own damage out of your pocket.
Apabila sesuatu kemalangan berlaku, pastikan anda membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam di balai polis berdekatan untuk mengelakkan sebarang denda kelewatan. Adalah lebih baik jika anda dan pihak lain yang terlibat mengunjungi balai polis dan bersama-sama membuat laporan. Apabila kemalangan berlaku, anda perlu mengambil perhatian terhadap masa dan tempat kejadian berlaku. Anda digalakkan mengambil seberapa banyak gambar kemalangan dan juga kerosakan bagi mengumpul bukti untuk diserahkan kepada pihak polis dan syarikat insurans anda.
Jika kemalangan tersebut melibatkan pihak ketiga, pastikan anda bertukar maklumat penting seperti butiran, nombor telefon dan syarikat insurans mereka. Walau bagaimanapun, sila elakkan daripada mengaku apa-apa kesalahan dan bersetuju dengan sebarang tawaran atau penyelesaian kerana ini mungkin menjejaskan tuntutan insurans anda.
Selepas anda membuat laporan polis, anda perlu memaklumkan syarikat insurans anda dalam tempoh 7 hari selepas kemalangan berlaku. Sebelum itu, sila pastikan anda menyediakan semua dokumen yang diperlukan.
Ini adalah dokumen yang diperlukan semasa anda mengemukakan tuntutan insurans kereta anda:
If the accident is not your fault, you have to prepare these extra documents to submit ODKFK Claim:
Sebaik sahaja anda bersedia dengan semua dokumen, hubungi syarikat insurans anda atau kunjungi laman web mereka untuk mengetahui Bengkel Panel mereka. Jika kereta anda mengalami kerosakan teruk akibat kemalangan tersebut, anda perlu terus menghubungi syarikat insurans kereta anda untuk perkhidmatan menunda ke Bengkel Panel mereka.
Anda perlu menyerahkan salinan dokumen yang dinyatakan di atas kepada Bengkel Panel supaya mereka boleh masukkan semua butiran ke dalam sistem Merimen (sistem Tuntutan). Kelewatan menghantar dokumen akan menyebabkan kelewatan dalam tuntutan anda. Sebaik sahaja bengkel mempunyai butiran anda, mereka akan memeriksa kerosakan pada kenderaan anda dan memberi anggaran pembaikan kepada syarikat insurans anda.
Selepas menerima anggaran pembaikan daripada Bengkel Panel, syarikat insurans anda akan menugaskan pelaras untuk memeriksa kerosakan dan melaporkan semula kepada mereka. Syarikat insurans anda akan membuat tawaran selepas laporan muktamad diterima daripada pelaras.
Bengkel Panel akan menerima tawaran daripada syarikat insurans anda dan akan memulakan kerja untuk membaiki kereta anda. Walau bagaimanapun, jika tawaran tersebut tidak mencukupi, Bengkel Panel boleh mengemukakan laporan Tambahan untuk meminta mana-mana bahagian yang tidak diluluskan pada mulanya selepas memberi penjelasan yang kukuh.
Secara keseluruhannya, masa proses tuntutan insurans kereta adalah berbeza bergantung pada kerosakan kenderaan anda. Kadang-kadang ia akan mengambil masa yang lebih lama jika alat ganti kereta anda perlu ditempah dari luar negara.
Jika perlindungan insurans kereta anda ialah Pihak Ketiga, Kebakaran & Kecurian (TPFT), anda boleh mengemukakan tuntutan pihak ketiga sekiranya seseorang melanggar kereta anda. Dokumen yang diperlukan adalah sama tetapi prosesnya berbeza sedikit.
Tuntutan Pihak Ketiga adalah atas dasar pembayaran balik. Oleh itu, anda perlu mencari bengkel yang mahir dalam mengendalikan tuntutan dan menggunakan pelaras anda sendiri untuk laporan pelaras. Anda perlu membawa dokumen berkaitan bersama dengan Anggaran Pembaikan, Laporan Pelaras dan bil pembaikan serta invois kepada syarikat insurans pihak ketiga untuk mengemukakan tuntutan anda. Anda boleh menuntut kembali yuran pelaras dan juga menuntut Kehilangan Penggunaan daripada syarikat insurans pihak ketiga. Proses tuntutan TPFT memakan masa lebih lama sedikit berbanding tuntutan komprehensif. Jika anda tidak berpuas hati dengan tawaran tuntutan daripada syarikat pihak ketiga, anda boleh merayu dengan memberi penjelasan yang kukuh.
Tujuan insurans kereta adalah untuk melindungi anda daripada kerugian yang tidak dijangka . O leh itu, anda perlu memastikan kereta anda diinsuranskan secukupnya bagi mengelakkan kerugian selanjutnya. Perkara yang paling penting adalah untuk memastikan insurans kereta anda aktif.