Langkah-langkah Mudah Memperbaharui Insurans Kereta Anda Secara Dalam Talian dengan SOMPO
Di SOMPO, kami memahami kepentingan proses pembaharuan yang pantas dan tanpa kerumitan, ciri pembaharuan kami ini eksklusif untuk pelanggan dalam talian sedia ada, membolehkan anda memperbaharui insurans kereta anda dalam beberapa langkah mudah tanpa perlu log masuk.
Nikmati pengalaman pembaharuan yang lancar dengan pengisian maklumat automatik, di mana butiran premium dan perlindungan anda akan diisi secara automatik berdasarkan polisi sedia ada anda. Anda hanya perlu duduk santai kerana tiada lagi keperluan untuk memasukkan semula maklumat. Perbaharui insurans anda dengan mudah dan rasai ketenangan fikiran sepenuhnya.
Berikut adalah langkah mudah untuk memperbaharui kereta anda secara dalam talian dengan SOMPO Motor:
1) Klik pada “Pelanggan Online Sedia Ada” dan masukkan maklumat yang diperlukan. Kemudian, klik "Dapatkan Sebut Harga Insurans Kereta" untuk langkah seterusnya.

2) Kod Laluan Satu Kali (OTP) akan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan dengan polisi insurans kereta anda (Tip: sila periksa folder spam atau junk jika tidak menerima e-mel tersebut).

3) Masukkan OTP untuk mengakses halaman ringkasan di mana butiran premium dan perlindungan anda akan diisi secara automatik berdasarkan polisi sedia ada anda.

4) Jika tiada perubahan diperlukan, baca dan tanda setuju pada bahagian "Pernyataan" dan teruskan ke proses pembayaran.

5) Setelah pembayaran berjaya, anda akan menerima sijil insurans melalui e-mel. Sebagai alternatif, klik “Muat Turun Polisi” untuk menyimpan salinan. Status JPJ anda akan dikemas kini serta-merta, dan anda boleh memperbaharui cukai jalan melalui aplikasi MyJPJ.
