×[NOTIS] PENYELENGGARAAN SISTEM BERJADUAL!
Berjaya Sompo Insurance
SOMPO Motor
Cara MenuntutBengkel PanelFAQHubungi KamiBerkerjasama Dengan KamiLaman...
Cara MenuntutBengkel PanelFAQHubungi KamiBerkerjasama Dengan Kami
EN
SOMPO Motor
  • Motor InsuranceSOMPO MotorSafe
  • Motorcycle InsuranceSOMPO Motorcycle
  • Home InsuranceSOMPO HomeNow
  • Travel InsuranceSOMPO TravelSafe+
SOMPO MotorSOMPO Motor
Cara MenuntutBengkel PanelFAQHubungi KamiBerkerjasama Dengan Kami
Travel InsuranceSOMPO TravelSafe+Online Car Insurance (Mileage-Based)SOMPO MotorSafeMotorcycle InsuranceSOMPO MotorcycleHome InsuranceSOMPO HomeNow
EN|BM
Berjaya Sompo Insurance
Level 36, Menara Bangkok Bank, 105, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
BrandLaureate Industry Champion Brand ICON Award
International Finance Awards - Best In-House Marketing Team (Insurance)
Malaysian CMO E-commerce Marketing Gold Award
PRODUK ONLINE
  • Insurans Kereta Dalam Talian
  • Insurans Kereta Dalam Talian (Berdasarkan Jarak Tempuh)
  • Insurans Motosikal Dalam Talian
  • Insurans Perjalanan Dalam Talian
  • Insurans Kandungan Rumah Dalam Talian
MUAT TURUN UTAMA
  • Lembaran Pendedahan Produk (SOMPO Motor)
  • Lembaran Pendedahan Produk (SOMPO MotorSafe)
  • Lembaran Pendedahan Produk (Kereta Persendirian Bukan Tarif)
  • Sususan Kata Polisi (SOMPO Motor)
  • Sususan Kata Polisi (SOMPO MotorSafe)
  • Sususan Kata Polisi (Bukan Tarif)
  • Bengkel Panel
  • Rakan Auto

MySOMPO

App Bantuan Tepi Jalan & Insurans
Download on Google Play
Download on App Store
  • Terma & Syarat Umum
  • Notis Privasi
  • Notis Undang-undang
  • Penafian
  • Polisi Pemberi Maklumat
  • Piagam Perkhidmatan Pelanggan
  • Brosur PIDM
  • Hak Cipta Terpelihara © 2026 Berjaya Sompo Insurance Berhad
  • No. Pendaftaran: 198001008821 (62605-U)
Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah sijil/polisi/produk yang layak adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM atau hubungi Berjaya Sompo Insurance Berhad atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).

Sila maklum bahawa kami tidak akan sesekali meminta butiran peribadi anda secara dalam talian untuk mengakses sebarang maklumat produk yang terdapat di laman web kami. Kami menyeru semua pelanggan agar sentiasa berwaspada terhadap penipuan dalam talian.
PIDM
Kembali ke Laman Utama
Banner

Panduan Langkah Demi Langkah Membeli Insurans Kereta Secara Dalam Talian

Tahukah bahawa anda kini boleh mendapat perlindungan kereta tanpa perlu keluar rumah? Membeli insurans kereta anda dalam talian menjadi mudah sekarang dengan SOMPO Motor. Berikut ialah panduan langkah demi langkah tentang cara memperbaharui insurans kereta anda dalam talian melalui SOMPO Motor.

Kini, dengan SOMPO Motor anda boleh mendapat sebut harga untuk perlindungan komprehensif atau perlindungan pihak ketiga, kebakaran dan kecurian untuk kenderaan berdaftar persendirian serta kenderaan berdaftar perniagaan untuk kegunaan persendirian sahaja. Anda mestilah berumur 26 tahun ke atas supaya layak membeli insurans kereta dalam talian. Anda juga perlu memastikan anda tidak mempunyai lebih daripada 1 tuntutan dalam tempoh 3 tahun yang lepas dan insurans kereta anda tidak melebihi 2 bulan dari tarikh tamat tempoh.

SOMPO Motor juga mempunyai pelan ansuran 0% selama 6 bulan atau 12 bulan untuk kad kredit yang dikeluarkan oleh Maybank dan CIMB. Jumlah bayaran minimum yang layak mendapat manfaat ini ialah RM600. Untuk nikmati penjimatan lebih bagi insurans kenderaan anda, anda boleh memilih SOMPO MotorSafe. SOMPO MotorSafe adalah satu pelan insurans kereta yang revolusioner. Ia adalah pelan insurans kereta yang membolehkan anda memilih pelan jarak perjalanan berdasarkan berapa jauh anda memandu dalam setahun. Pelan ini membolehkan anda membayar premium yang lebih rendah jika anda kurang memandu sambal menikmati perlindungan yang menyeluruh.

Memandangkan anda membeli insurans untuk diri sendiri, anda boleh memilih untuk bayar perlindungan kereta yang anda perlukan. Tiada kos tersembunyi sama sekali. Paling penting, SOMPO Motor sedang menawarkan perlindungan komplimentari untuk Semua Pemandu. Ini bermakna anda tidak perlu membayar jumlah tambahan untuk menamakan orang yang akan memandu kereta anda.


Berikut adalah langkah mudah untuk memperbaharui kereta anda secara dalam talian dengan SOMPO Motor:

1) Kunjungi laman web SOMPO Motor dan masukkan maklumat yang diperlukan. Klik "Dapatkan Sebut Harga Insurans Kereta" untuk langkah seterusnya.

2) Butiran kenderaan anda akan diisi secara automatik, premium indikatif anda akan dipaparkan di bahagian atas halaman.

3) Pilih pelan insurans pilihan anda dan klik "Seterusnya" untuk langkah seterusnya.

4) Pilih perlindungan tambahan bergantung pada keperluan dan belanjawan anda, klik "Seterusnya" sekali lagi untuk langkah seterusnya sebaik sahaja anda berpuas hati dengan pilihan anda.

5) Isikan baki maklumat yang diperlukan kemudian klik "Seterusnya" untuk sampai ke halaman ringkasan.

6) Semak semula semua maklumat, baca dan setuju dengan "Pengisytiharan" dan teruskan dengan pembayaran.

7) Huray, pembayaran anda berjaya. Salinan sijil insurans anda akan dihantar melalui e-mel kepada anda, dan status JPJ akan dikemas kini serta-merta.

 

Anda juga boleh meneruskan pembayaran Cukai Jalan anda dalam talian melalui aplikasi MyJPJ, tanpa meninggalkan rumah anda. Keseluruhan proses memperbaharui polisi insurans anda akan mengambil masa kurang daripada 3 minit. Sememangnya, anda tidak lagi perlu memandu ke cawangan terdekat, mencari tempat letak kereta dan menunggu giliran untuk dilayan di cawangan.

Anda boleh memperbaharui insurans anda secara dalam talian di laman web SOMPO Motor sehingga 60 hari sebelum polisi insurans kereta anda tamat tempoh. Jika polisi insurans kereta anda telah tamat tempoh kurang daripada 14 hari, anda masih boleh memperbaharuinya dalam talian. Jika polisi insurans kereta anda telah tamat tempoh lebih daripada 14 hari, anda boleh menghantar permintaan melalui e-mel ke customer@bsompo.com.my untuk mendapat bantuan.

Pada masa ini, premium insurans kereta adalah atas dasar nyahtarif (detariffication). Oleh itu, setiap butiran bagi diri dan kenderaan anda akan memberi kesan kepada premium. Untuk kenderaan anda, anda mesti memilih model dan isian padu enjin yang betul serta jenis penggunaan kenderaan termasuk kegunaan bagi tujuan persendirian atau perniagaan.

Beli Sekarang